Tiga atlet kebangsaan terima tajaan RM100,000

71

TIGA atlet negara mendapat suntikan semangat bagi meningkatkan kecemerlangan dalam bidang sukan masing-masing menerusi tajaan bernilai RM100,000 daripada syarikat nutrisi antarabangsa, Usana Health Sciences.

Mereka terdiri daripada ketua pasukan dan jurulatih pasukan dodgeball kebangsaan, Muhamad Heidy Mohd Yusoff, peninju kebangsaan, Adli Hafidz Mohd Pauzi dan perenang kebangsaan, Wilson Sim Wee Sheng.

Pengurus Besar Wilayah Usana bagi Malaysia, Singapura dan Taiwan, Vivienne Lee mengakui berbangga apabila dapat memberi sokongan yang bermakna dalam membangunkan kerjaya buat ketiga-tiga atlet terkemuka terbabit.

Menurutnya, usaha yang dilakukan itu adalah salah satu tradisi dilakukan pihaknya bagi menyokong ahli sukan tempatan yang telah diamalkan sejak tiga tahun lalu.

“Bagi ketiga-tiga atlet ini jumlah penajaan gabungan mereka bernilai lebih daripada RM100,000 termasuk penajaan makanan tambahan dan rangkaian komuniti bersama atlet di bawah penajaan Usana selama satu setengah tahun.

“Kami juga turut berbangga apabila ketiga-tiga atlet ini telah menyertai barisan lebih dari 4,500 atlet profesional di seluruh dunia yang menggunakan pelbagai produk Usana untuk memastikan mereka berada dalam keadaan fizikal dan mental yang terbaik,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan tajaan kepada ketiga-tiga atlet terbabit di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden Eksekutif Asia Pasific Usana, Sherman Ying.

Sementara itu, Muhamad Heidy yang menerima penajaan sejak 2016 berkata beliau telah menggunakan produk suplimen Usana sejak 10 tahun lepas dan percaya produk berkenaan banyak membantu dalam meningkatkan prestasinya.

“Ia merupakan satu kebanggaan untuk dipilih menjadi atlet Usana,” katanya.

Bagi Adli Hafidz pul, beliau mengakui terdapat peningkatan dalam prestasinya setelah menggunakan produk itu sejak setahun lalu.

“Untuk tahun ini saya akan terlibat dalam empat atau lima perlawanan tinju, dan saya juga berazam untuk muncul sebagai antara 20 peninju terbaik dunia pada tahun depan,” katanya.

Komen anda