TMJ teruja dengan ‘kekuatan’ JDT musim ini

1270
KREDIT FOTO: JOHOR SOUTHERN TIGERS

PEMILIK Kelab johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui terlalu teruja dengan kekuatan yang bakal dipersembahkan skuad Harimau Selatan musim ini selepas menjalani latihan pra musim.

 

Tunku Ismail berkata, tenaga yang ditunjukkan barisan pemainnya kali ini agak berbeza dan itu membuatkannya tidak sabar menunggu musim baharu Liga Malaysia bermula Februari nanti.

 

“Saya telah mengharungi banyak pramusim sebelum ini dan bagi saya, pramusim adalah waktu yang paling mustahak setiap tahun kerana ia memberi kami petunjuk awal tentang bagaimana musim kami akan berjalan.

 

“Untuk musim ini, saya sangat teruja dan saya tidak pernah segembira ini apabila melihat ‘energy’ yang ditunjukkan oleh pemain, gaya permainan dan intensiti mereka. Ia menakjubkan.

 

“Para pemain tidak sabar menunggu musim bermula, saya tidak sabar menunggu musim bermula dan jurulatih turut tidak sabar menunggu musim bermula,” katanya di laman rasmi kelab.

 

Tambahnya lagi, dengan apa yang ditunjukkan sepanjang tempoh persiapan ini, beliau yakin JDT akan mengakhiri musim 2019 lebih baik berbanding musim-musim terdahulu.

 

KREDIT FOTO: JOHOR SOUTHERN TIGERS

“Saya perlu memberitahu anda bahawa selama bertahun-tahun saya melihat persiapan pramusim, ini adalah tahun yang paling memuaskan berdasarkan apa yang saya lihat. Sekiranya kita boleh membawa pulang sikap serta mentaliti ini, dan mempamerkan 60% atau 70% sama seperti ini sepanjang musim, saya percaya kita akan mempunyai musim yang baik pada tahun 2019,” katanya lagi.

Komen anda