TNB belum muktamad lanjutan tajaan skuad hoki

376
Omar (kiri) menyerahkan replika cek penajaan berjumlah RM4 juta kepada MHC yang diwakili Selvendran (dua, kanan) pada Majlis Penyerahan Tajaan dan sesi memperkenalkan Pasukan Hoki TNB dan TNB Thunderbolts di Bangsar, semalam. FOTO: Bernama
Omar (kiri) menyerahkan replika cek penajaan berjumlah RM4 juta kepada MHC yang diwakili Selvendran (dua, kanan) pada Majlis Penyerahan Tajaan dan sesi memperkenalkan Pasukan Hoki TNB dan TNB Thunderbolts di Bangsar, semalam. FOTO: Bernama

TENAGA Nasional Berhad (TNB) akan mengadakan perbincang dengan pengurusan tertinggi soal penajaan skuad hoki dalam masa terdekat.

Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek berkata, ia berikutan kontrak tajaan kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) akan berakhir tahun ini.

Jelasnya, pihak TNB tetap menganggap tajaan itu penting dalam usa menaikkan nama skuad hoki ke persada dunia.

“Perkara ini kita akan bincang di peringkat Lembaga Pengarah dan pengurusan TNB dan apa juga keputusan kita akan maklumkan kemudian.

“Pihak MHC telah memberikan kerjasama cukup baik memberi peluang kepada kita sebagai rakan penaja strategik. Kita melihat sumbangan kita kepada hoki adalah satu usaha yang boleh mengangkat nama Malaysia di persada kelas dunia.

“Sukan-sukan lain walaupun popular, tetapi untuk sampai ke peringkat Olimpik dan peringkat dunia agak susah sikit tetapi hoki itu peluang itu agak tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan baki penajaan kejohanan-kejohanan hoki anjuran MHC berjumlah RM4 juta. Bayaran tajaan itu merupakan baki daripada RM20 juta untuk tempoh lima tahun sejak 2015.

Dalam pada MHC yang diwakili bendaharinya, Selvendran Saravanamuthu berkata, pihaknya pihaknya yakin TNB akan meneruskan tajaan kepada badan induk hoki Malaysia itu memandangkan kedua-dua pihak mempunyai hubungan yang cukup baik.

“Kerjasama MHC dengan TNB sudah lama dan kita hanya meneruskan proses itu dan TNB memang cukup rapat dengan MHC, tiada isu yang timbul.

“Kita sangat berterima kasih kepada tajaan hari ini, saya fikir pasukan kebangsaan dan program kerajaan yang disediakan oleh TNB sangat menakjubkan untuk menyokong MHC.

“MHC telah ambil tindakan (tajaan bakal berakhir) presiden dan ahli eksekutif akan berbincang dengan ahli tertinggi TNB untuk lihat ke depan apa pelan seterusnya pada masa depan mengenai tajaan ini,” katanya lagi.

Komen anda