‘Tolong doakan Siti Noor Hafizah cepat sembuh…’

439
Syed Saddiq (kiri) menziarahi Fify Hafiza di PPUM semalam.

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman simpati dengan nasib bekas penjaga gol skuad hoki kebangsaan, Siti Norhafizah Zainordin atau Fify Hafiza yang mengalami kecederaan parah selepas dilanggar lari kelmarin.

Beliau yang sempat melawat penjaga gol PDRM Blue Warriors di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam berkata, pihaknya sudah mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk membantu pemain berkenaan sebaik mungkin.

“Tolong doakan Malaysian Tigress, Siti Noor Hafizah cepat sembuh. Beliau merupakan bekas penjaga gol kebangsaan dan #TeamPDRM bagi Liga Hoki TNB.

“Semalam (kelmarin), dia telah dilanggar lari secara tragik. Dia baru berkahwin lapan hari lepas. Saya dah arahkan MSN untuk bantu sebaik mungkin,” katanya di Instagram.

Awal pagi kelmarin, Fify Hafiza dilaporkan parah selepas mengalami kemalangan jalan raya dan terpaksa menjalani pembedahan dengan segera.

Fify Hafiza bukanlah nama asing bagi skuad Malaysian Tigress kerana dia pernah menyarung jersi kebangsaan dan beraksi sebagai penjaga gol bagi acara hoki dalam dewan pada Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2017 serta Sukan Sea 2017.

Komen anda