Tottenham layak julang trofi

70

TONGGAK pertahanan Tottenham Hotspur, Jan Vertonghen menyifatkan Spurs layak untuk meraih ‘banyak trofi’ dan menambah ia akan menjadi rasa malu besar sekiranya mereka gagal menuntut sebarang piala musim ini.
Tottenham yang masih belum meraih piala sejak 2008 disingkirkan 2-1 oleh Chelsea dalam aksi separuh akhir Piala Liga musim ini.
Spurs yang kini menghuni tangga ketiga dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kini mempersiapkan pasukan untuk menghadapi Liga Juara-Juara, berdepan Crystal Palace hari ini pada saingan pusingan keempat Piala FA.
Vertonghen mengakui betapa pentingnya Piala FA buat Spurs selepas mereka gagal melayakkan diri ke pentas final Piala Liga, Jumaat lalu.
“Sememangnya ia sangat penting buat pasukan, kami sebenarnya layan untuk mendapat lebih banyak trofi tetap…
“Sepanjang lima tahun yang lalu, ternyata nasib tidak menyebelahi kami, kami bermain sangat baik dan ia sangat memalukan jika kami tidak memberi sebarang ganjaran buat pasukan. Semua orang di kelab layak mendapat ganjaran,” ujarnya.
Selepas berdepan cabaran Crystal Palace, Tottenham dijadualkan bertemu Watford di Stadium Wembley dalam aksi Liga Perdana, Rabu ini.

Komen anda