UniKL dalam kelas tersendiri

264
Pemain UniKL Baljit Singh beraksi menentang THT di Stadium Tengku Abdullah, Bangi semalam.

UNIVERSITI Kuala Lumpur (UniKL) menewaskan Pasukan Hoki Terengganu (THT) 3-1 di Stadium Tengku Abdullah, Bangi hari ini gus kekal di tangga teratas Liga Perdana, TNB Liga Hoki Malaysia dengan 19 mata.

Kemenangan UniKL itu juga menyaksikan peluang THT untuk mempertahankan kejuaraan liga semakin tipis selepas menduduki tangga ketiga liga dengan 13 mata.

Ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj bagaimanapun tidak mahu barisan pemainnya terlalu meraikan kemenangan itu kerana perjalanan untuk memenangi kejuaraan liga masih panjang.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan soal kejuaraan liga. Kami perlu terus fokus dan sudah pasti kejayaan akan hadir juga selepas itu.

“Tapi apa yang positif dengan kemenangan ini ia membolehkan kami untuk terus menjarakkan diri dengan pasukan lain,” katanya selepas tamat perlawanan.

Turun di gelanggang sendiri, UniKL dilihat cukup bersemangat untuk mencari gol awal dan usaha mereka itu membuahkan hasil pada minit ke-8 selepas Robbert Kemperman meledak gol padang.

Tersentak dengan jaringan itu, THT lebih agresif untuk mencari gol penyamaan.

Anak buah I Vikneswaran akhirnya memperoleh dua pukulan sudut penalti tetapi kedua-duanya disia-siakan begitu saja.

Suku kedua menyaksikan tempo permainan kedua-dua pasukan lebih agresif dengan THT berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil selepas Jang Jonghyun menyempurnakan pukulan sudut penalti minit ke-48.

Namun gol itu tidak bertahan lama selepas Muhamad Hafiz Zainol kembali meletakkan UniKL di depan seminit kemudian apabila bertindak bijak di dalam kawasan D lawan.

Penyerang UniKL, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin semakin mengukuhkan kedudukan apabila menjaringkan gol ketiga ketiga hasil jaringan padang minit ke-54.

Robbert Kemperman beraksi menentang THT di Stadium Tengku Abdullah, Bangi semalam.

Komen anda