Universiade: Malaysia raih pingat pertama

67

KONTINJEN negara menamatkan kemarau di Kejohanan Sukan Universiti Dunia ke-30 (Universiade) dengan memenangi pingat gangsa dalam acara taekwondo di Napoli, Itali, pada Sabtu (Ahad di Malaysia).

Kuartet negara terdiri daripada Ahmad Nor Iman Hakim Rakib, Mohd Syafiq Zuber, Rozaimi Rozali dan Hamdanwahid Rinaldi, mempamerkan aksi memberangsangkan dalam pusingan awal sebelum kalah 10-36 mata kepada Iran di separuh akhir.

Iran meraih emas selepas mengetepikan Mesir 33-6 dalam final, menurut laman sesawang rasmi Universiade 2019; https://www.universiade2019napoli.it/

Terdahulu, Malaysia menumpaskan Mexico 24-20 dalam pusingan pertama, Poland (34-14) dalam pusingan kedua dan Amerika Syarikat 35-13 dalam saingan suku akhir.

Kontinjen Malaysia diketuai Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani terdiri daripada 35 atlet 22 pegawai, mengambil bahagian dalam tujuh acara pada kejohanan itu, iaitu gimnastik artistik, gimnastik berirama, memanah, menembak, olahraga, renang dan taekwondo.

Komen anda