Van Dijk rahsiakan kelab baharu de Ligt

357
De Ligt kini menjadi buruan kelab gergasi Eropah.

VIRGIL van Dijk mengakui sudah mengetahui kelab baharu yang akan diwakili Matthijs de Ligt musim depan, namun merahsiakannya.

Kata tonggak pertahanan Liverpool itu, dia bertanyakan sendiri kepada de Ligt ketika bertemu dalam sesi latihan skuad Belanda.

“Apa yang memberikan kelebihan kepadanya adalah kualiti kerana dia masih berusia 19 tahun dan pada ketika ini dia cukup matang seperti seorang pemain berusia 25 tahun.

“Dia sangat profesional dan mampu lebih bagus daripada ketika ini. Semoga dia membuat keputusan tepat untuk memilih pasukan yang tepat dengan dirinya.

“Saya juga sudah berbincang mengenai masa depannya dan kelab mana dia akan pergi biarlah dirahsiakan terlebih dahulu. Nasihat saya kepadanya adalah tetap bermain dan mendapatkan banyak minit permainan untuk dia terus berkembang menjadi pemain berkualiti,” katanya.

Van Dijk dan de Ligt ketika ini sedang bersama skuad Belanda dalam menghadapi Liga Negara-Negara dan beberapa perlawanan persahabatan.De Ligt tampil cemerlang bersama Ajax Amsterdam apabila membantu kelab itu memperoleh kejuaraan domestik bergandaselain membawa De Amsterdamer mara separuh akhir Liga Juara-Juara.

Komen anda