Verstappen yakini kemampuan jentera Red Bull

199
Verstappen yakin jentera Red Bull mampu menyerlah musim ini selepas mengakhiri saingan di kedudukan podium pada GP Australia.

PELUMBA Belanda, Max Verstappen menyifatkan jentera Red Bull Honda mempunyai keupayaan untuk meraih kejuaraan Formula 1 (F1) pada musim ini.

Keyakinan itu disuarakan pelumba berusia 21 tahun berkenaan selepas memulakan kalendar perlumbaan dengan cemerlang setelah menaiki podium semasa Grand Prix (GP) Australia selepas menyisihkan dua pelumba Ferrari.

Kejayaan berada di podium lebih awal berbanding kali pertama Honda ketika meraih gelaran itu bersama Rubens Barrichello di Grand Prix British 2008 turut menguatkan lagi keyakinan pelumba berkenaan.

“Dari segi kelajuan yang kita ada sepanjang perlumbaan, ia sangat baik berbanding musim lalu. Saya gembira ketika ini jika dibandingkan dengan kelajuan dua pasukan teratas ketika ini.

“Secara amnya, enjin tiada sebarang masalah itu juga sangat penting. Saya rasa masa bakal menjadi penentu sama ada kita boleh berada di atas atau tidak

“Secara umum, saya sangat gembira dengan kemajuan yang baik dengan banyak perkara positif pada musim ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, Verstappen menuntut kerja keras pasukannya memandangkan mereka hanya ketinggalan 22.5 saat di belakang pemenang GP Australia, Valtteri Bottas di Mercedes apatah lagi pada ketika ‘ litar tidak begitu bergantung pada kekuatan dan kelajuan tinggi.

Komen anda