[VIDEO] Berpantang maut sebelum ajal, pelumba F3 terselamat daripada maut dan risiko lumpuh seumur hidup

863

 

 

PELUMBA Formula 3 (F3), Sophia Flörsch disahkan terselamat daripada risiko lumpuh apabila pembedahan retak tulang belakangnya berjaya.

Pemilik Van Amersfoort Racing, Frits van Amersfoort berkata doktor yang melakukan pembedahan ke atas pelumbanya itu di Jerman mengesahkan semuanya selamat dan pelumba itu terpaksa ditahan selama dua minggu di hospital.

“Semuanya selamat dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Lumpuh merupakan antara ketakutan utama kami. Sebab itulah pembedahan terpaksa dilakukan lebih cepat kerana ada risiko tulang belakangnya akan jadi lebih parah.

“Kami gembira semuanya selamat dan tiada risiko lumpuh. Kami berharap Sophia akan lebih baik dan pulih dengan segera,” katanya.

SOPHIA

Sophia terselamat daripada maut selepas mengalami kemalangan ngeri di perlumbaan Grand Prix FIA F3 Piala Dunia Macau, Ahad lalu.

Kemalangan itu melibatkan beberapa pelumba dan ia juga turut merempuh kawasan jurufoto yang menyaksikan beberapa jurufoto dan marshal berhampiran turut mengalami kecederaan.

Mengulas insiden itu, Van Amersfoort menyifatkan Sophia cukup bertuah kerana terselamat dalam kemalangan ngeri yang dianggarkan berlaku dalam kelajuan276 kmj itu.

 

Sophia terselamat dalam kemalangan ngeri itu.

Ditanya sama ada Sophia akan kembali beraksi bersama pasukan, Van Amersfoort berkata, pelumba berusia 17 tahun itu diyakini akan kembali, namun mungkin akan mengambil sedikit masa untuk pulih dari segi emosi.

Komen anda