(VIDEO) Bukan patah cuma terkehel, kecederaan Fuzajlova ambil masa dua setengah bulan sembuh

1102

Video kredit: Tajikistan Football Federation

Hasil pengimejan resonans magnetik (MRI) mendapati pemain skuad B19 Tajikistan, Zievuddina Fuzajlova hanya mengalami kecederaan pergelangan kaki kanan semasa aksi peringkat Kumpulan D Kejuaraan AFC B19 menentang Malaysia di Stadium Patriot, Bekasi, semalam.

Menurut doktor perubatan dipetik dari FB Tajikistan Football Federation, jentera pertahanan itu tidak mengalami patah kaki cuma terkehel akan mengambil masa dua setengah bulan  sembuh.

 

Komen anda