Vinales tekad buru kejuaraan GP Jerman

126
Vinales (tengah ) bertekad meneruskan gelaran juara di Assen pada MotoGP Jerman minggu depan.
PELUMBA Yamaha, Maverick Vinales bertekad untuk meneruskan momentum juara di Assen pada MotoGP Jerman minggu depan dan untuk mengekalkan prestasi terbaiknya pelumba Sepanyol itu perlu terus bekerja keras.
Begitupun pelumba Monster Yamaha itu dilihat agak konsisten di Litar Sachsenring, Jerman dalam tempoh dua tahun yang lalu apabila menamatkan saingan di kedudukan keempat pada 2017 sebelum memenangi podium pertamanya di sana musim lalu.
Namun pelumba berusia 24 tahun itu mengakui GP Jerman masih menjadi kegemaran Honda dan pelumbanya, Marc Marquez yang kini telag melakarkan sembilan kejuaraan di Litar Sachsenring.
Justeru, Vinales dan pasukannya harus memberi tumpuan untuk meningkatkan prestasi jentera YZR-M1, terutamanya di kawasan selekoh perlahan Sachsenring dengan tetapan tayar yang perlahan.
“Perlumbaan di sini (Sachsenring) akan menjadi sangat sukar dan saya fikir ia sangat penting bagi kami untuk menangani tunggangan ketika di selekoh- selekoh perlawanan.
“Saya fikir sektor itu adalah sektor terpenting bagi kita semua untuk memberi tumpuan dan berusaha memperbaiki diri.
“Saya rasa kami perlu menetapkan tayar dengan baik dan ia sangat penting untuk pusingan pertama nanti. Saya fikir sangat penting buat kami untuk meningkatkan kuasa jentera pada permulaan perlumbaan dan juga pusingan pertama,” katanya.
Yamaha masih belum meraih kemenangan pada MotoGP Jerman sejak kali terakhir Valentino Rossi muncul sebagai juara pada tahun 2009 dan kejayaan itu turut menyaksikan Rossi berjaya menamatkan penguasaan pelumba Honda di kelas utama di Litar Sachsenring.

Komen anda