Watford mahu musnahkan impian City raih treble

120
Pemain Watford sedia menantikan ancaman Manchester City.

HARAPAN Manchester City untuk menjulang trofi Piala FA Inggeris seterusnya meraih kejuaraan treble musim ini mungkin tidak akan kesampaian.

Pemain Watford, Etienne Capoue berkata, dia dan pasukannya kini mempunyai satu motivasi untuk mencipta kejutan ke atas juara Liga Perdana Inggeris itu pada aksi final Piala FA di Stadium Wembley malam esok.

Menurutnya, walaupun menjadi pasukan bukan pilihan, namun itu bukan bermakna The Hornets akan menjadi lawan yang mudah.

"Ramai berkata bahawa kami tidak akan mendapat peluang untuk muncul juara. Jadi kami akan membuktikannya.

"Kami sedar Manchester City ialah pasukan yang kuat tetapi itu bukan bermakna mereka akan mencatat kemenangan mudah ke atas kami.

"Kami sudah melakukan persiapan rapi untuk aksi final ini dan akan terus fokus sepanjang 90 minit permainan bagi mencipta kejutan ke atas mereka," katanya.

Bagaimanapun, rekod menunjukkan skuad kendalian Pep Guardiola itu mempunyai kelebihanapabila mencatat 10 kemenangan berturut-turut ke atas Watford dalam semua kejohanan.

Komen anda