Zappacosta dipinjamkan ke AS Roma

44

TONGGAK pertahanan Chelsea, Davide Zappacosta dipinjamkan ke AS Roma untuk setengah musim dengan pilihan lanjutan sehingga penghujung musim.

Zappacosta yang hanya membuat empat penampilan bersama The Blues musim lepas tidak tersenarai dalam pilihan utama skuad kendalian Frank Lampard musim ini.

Pemaian pertahanan kanan itu menyertai Chelsea dari Torino dengan perjanjian selama empat tahun pada 2017 dan telah melanjutkan kontraknya sehingga Jun 2022.

“AS Roma berbesar hati untuk mengumumkan ketibaan Davide Zappacosta secara pinjaman daripada Chelsea dan akan menyertai kelab sehingga Januari 2020,” kata kenyataan rasmi Roma semalam.

Zappacosta pula mengakui gembira untuk menyumbang tenaga bersama kelab Itali itu selain lega dapat kembali bermain di negara kelahirannya.

“Saya amat gembira menyertai Roma selepas meraih pengalaman di luar negara yang membantu saya meningkat sebagai pemain dan juga manusia,” katanya.

Komen anda